Wednesday 2 January 2013

LIRIK LAGU SAYANG


Lirik Lagu Sayang - Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Sayang - Shae @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/10/lirik-lagu-sayang-shae.html#ixzz2Gt1dj95M

99 HIMPUNAN KATA-KATA CINTA


99% daripada ayat-ayat di bawah adalah hasil daripada penulisan dan tidak di ambil dari mana-mana sumber sama ada elektronik atau secara verbal. Cuma hanya beberapa ayat saja yang di petik daripada sumber-sumber yang boleh di percayai.
  1. Tidak sukar untuk berubah andai hati ikhlas untuk melakukannya..
    Tetapi memang sukar untuk berubah jika hati yang memaksanya..
    Semua yang berlaku adalah dari hati kita sendiri..
  2. Aku Bukan Insan Luar Biasa Yang Bisa Menahan Semuanya..
    Aku Hanya Insan Yang Lemah Tetap Bergantung Daripada-Nya..
  3. Setiap Manusia Ada Tahap Kesabaran Masing-Masing Begitu Juga Diri Ini..
  4. Allah Telah Memberi Tahap Kesabaran Dan Ketabahan Yang Cukup Tinggi Dalam Diri Ini Untukku Menjalani Episod Cinta Ini..
  5. Aku Bukan Pengarah Dalam Episod Cinta Ini..
    Aku Bukan Hero Dalam Episod Cinta ini..
    Tapi Aku Hanya Watak Sampingan Yang Tabah Melalui..
  6. Dalam Diam Menyimpan Seribu Satu Rahsia,
    Bila Ditanya, Dijawab Tiada Apa-apa,
    Diri Cuba Untuk Memahami Tentang Dirinya,
    Tetapi Masih Kekal Dengan Seribu Satu Rahsianya..
  7. Ya Allah
    Jika dia benar untukku
    Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
    Jika dia bukan milikku
    Damaikanlah hatiku
    Dengan ketentuan-Mu 
    Dialah permata yang dicari
    Selama ini baru kutemui
    Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
    Apakah dia kan kumiliki
    Tidak sekali dinodai nafsu
    Akan kubatasi dengan syariat-Mu
    Jika dirinya bukan untukku
    Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
  8. Kalau kita CINTA dan SAYANG seseorang, kita mestilah dapat menerima mereka
    walaupun kita tahu kisah silam yang pernah di laluinya..dan apa yang
    penting adalah kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama
    lain..
  9. Jika ingin hati kita di jaga oleh orang lain, kita hendaklah menjaga hati orang lain dulu.
    Bak kata orang, Hormatilah orang lain dahulu sebelum ingin orang lain menghormati kita..=)
  10. Kalau hati katakan SAYANG, KASIH, DAN CINTA..
    Setinggi mana pun ujian yang datang akan di tempuhnya dengan redha..
    Baginya orang yang dia SAYANG, KASIH dan CINTA itu lebih penting..
    Walaupun terpaksa mengorbankan SAYANG, KASIH dan CINTAnya sendiri..
  11. Bukan semua yang kita bayang akan dapat kita capai..
    Bukan semua yang kita usaha akan terhasil dengan kehendak kita..
    Bukan semua yang kita cari akan dapat kita temui..
    Bukan semua yang kita nak akan dapat ke tangan kita..
    Tapi CINTA, KASIH, SAYANG tetap ada dalam hati kita walau apa yang kita
    bayang, usaha, cari dan nak tak dapat ke tangan kita..=)
  12. Aku redha dengan ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk hambamu ini..
    Usaha telah aku lakukan tetapi KAU sajalah Yang Maha Kuasa untuk menetapkan segalanya..
  13. Tidak perlu menyiksa untuk BAHAGIA..
    Tidak perlu memaksa untuk BAHAGIA..
    Tidak perlu tamak untuk BAHAGIA..
    Tetapi..
    Perlu kasih untuk BAHAGIA..
    Perlu rela untuk BAHAGIA..
    Perlu setia untuk BAHAGIA..
  14. Walaupun hati ini masih kuat MENYAYANGI, MENCINTAI dan MENGASIHINYA, namun ia
    masih belum kuat untuk memiliki SAYANG, CINTA dan KASIH daripadanya..
  15. Jika anda ingin dia hadir dalam hidup anda, berterus teranglah kepadanya sebelum dia pergi..=(
    Jika anda ingin dia pergi dari hidup anda, katakanlah yang baik-baik agar pemergian dapat di terima olehnya..=(
  16. Jika seseorang mengharapkan sesuatu dari anda..ingatlah jangan biarkan dia tertunggu dengan jawapan yang ingin ada berikan..
  17. Kenapa kau sayangkan dia?? Jawapan “Tak tahu”..
    Kenapa kau cintakan dia?? Jawapan “Tak tahu”..
    Kenapa kau kasihkan dia?? Jawapan “Tak tahu”..
    Kenapa kau selalu ada untuk dia?? Jawapan “Tak tahu”..
    Ini kerana dalam fikirannya hanya ada dia seorang saja yang dia sayang, cinta, dan kasihkan..=(
  18. Bukan pakaian apa yang dia pakai yang kita lihat..
    Bukan kenderaan apa yang dia pakai yang kita lihat..
    Bukan rumah apa yang dia pakai yang kita lihat..
    Bukan kesempurnaan yang dia ada yang kita lihat..
    Tetapi hati yang tulus ikhlas MENCINTAI dan MENYAYANGI yang kita lihat dan perlukan..
  19. Jika KASIH tiada SAYANG ada, tiada makna kerana CINTA tak akan hadir..
    Jika KASIH ada SAYANG tiada, tiada makna kerana CINTA tak akan hadir..
    Jika KASIH ada SAYANG ada, CINTA pasti hadir kerana CINTA tidak akan hadir tanpa KASIH dan SAYANG..
  20. Keikhlasan dalam perubahan bukanlah kerana seseorang tetapi berubahlah kerana
    kerana ALLAH sebab DIA lah yang memberi kita peluang untuk berubah..
  21. Memang mudah untuk berubah dari kurang baik ke baik tetapi begitu sukar untuk
    kita mengekalkan kebaikan itu jika kita tidak kuat menghadapinya..
  22. ALLAH tidak akan memberi kita 1001 ujian kepada kita andai DIA tahu kita tidak mampu memikulnya..
  23. Biarlah kita yang berkecil hati dengan IBU kita tetapi janganlah biarkan IBU kita berkecil hati kerana kita..=(
  24. Mereka yang nampak ceria pada luaran tidak semesti ceria di dalam hatinya
    tetapi
    Mereka yang ceria dari dalam hatinya pasti ceria pada luarannya juga..
  25. Jika sidia benar-benar ikhlas SAYANG DAN CINTAKAN kita, dia akan menerima
    kita seadanya sama ada buruk@cantik miskin@kaya susah@senang kehidupan
    kita kerana SAYANG dan CINTA terletak pada hati bukan pada luaran..
  26. Jika kita ikhlas SAYANG dan CINTA seseorang kita pasti tidak akan membuat dirinya terbeban dan kesusahan..
  27. Kita tidak akan kenal KEBERSIHAN jika tiada kekotoran dan sebaliknya..
    Kita tidak akan kenal CINTA jika tiada kekecewaan dan sebaliknya..
  28. Pengalaman telah mendewasakan dan mematangkan fikiran..
    Pahit getir yang pernah dilalui, guruku sejati..
  29. Jangan menilai CINTA dan KASIH SAYANG hanya pada zahirnya saja kerana itu cinta nafsu..
    tetapi
    Nilailah CINTA dan KASIH SAYANG pada batinnya yang terletak pada hati kerana itulah cinta hati..
  30. Bila kita telah sayang dan cintakan seseorang, dengan siapa pun kita berkawan di dalam hati kita pasti ada dia seorang saja..=(
  31. Berkawan memang mudah, tetapi untuk bercinta memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan kerelaan..
  32. Jangan harapkan yang terbaik daripada orang lain, sedangkan si dia cuba
    memberi yang terbaik untuk anda kerana apa yang dia tahu adalah
    segalanya untuk anda..=)
  33. Jangan rosakkan hati anda seperti seorang pembunuh kerana pembunuh telah
    kehilangan semua perasaan termasuk kasih, sayang, cinta dan belas
    kasihan..
  34. Memakai tudung adalah untuk menutup kecantikan, Bukannya untuk mempamerkan kecantikan..
    Sebab cantik itu adalah tersembunyi..
  35. Setinggi mana kita capai, Sejauh mana kita pergi…ingatlah tanggungjawab kita kepada ibubapa kita..=)
  36. Sayang bukan terletak pada mulut..tetapi pada hati yang ikhlas..
    Cinta bukan untuk semua orang..tetapi untuk seseorang..
    Kasih bukan untuk diminta..tetapi pemberian ikhlas dari seseorang..
  37. Hati bukan untuk diseksa, tetapi untuk dijaga..
    Perasaan bukan untuk dipermain, tetapi untuk disemai..
    Cinta bukan untuk dipaksa, tetapi untuk dibaja..
  38. Semua orang ada cita-cita, semua orang ada impian..tapi bukan semua orang boleh mencapainya..
  39. Orang yang meninggalkan kita adalah orang yang paling rugi kerana dia telah
    kehilangan seseorang yang benar2 ikhlas cinta, sayang, kasih dan setia
    pada dia..=)
    kecuali bagi mereka yang telah meninggal dunia..
  40. Kereta perlukan spare part, Motor perlukan spare part..
    Tapi Cinta perlukan kejujuran, kesetiaan, dan kesabaran dalam diri..=)
  41. Cinta bukan hanya di mata tetapi Cinta hadir di dalam jiwa..
  42. Hidup bukan untuk meminta tetapi untuk memberi..Begitulah juga cinta..bukan
    untuk diminta dan dipaksa tetapi pemberian yang ikhlas dari hati..=)
  43. Dalam cinta, kita tak perlu tamak untuk meraih segalanya tetapi bersyukurlah
    dengan sekadar yang ada pada kita sekarang kerana ia pasti akan memberi
    seribu satu kebahagiaan kepada kita kelak..
  44. Jangan semudah-mudahnya memberi dan menerima CINTA seseorang itu kerana
    memberi dan menerima CINTA adalah sesuatu yang besar maknanya bagi
    setiap individu..
  45. Ada rahsia yang tak perlu kita rahsiakan kerana mungkin ia menjadi duri dalam daging dalam setiap perhubungan..
  46. Jika Kasih, Sayang, dan Cinta masih ada di dalam HATI.. Semailah ia semula
    agar mekar berkembang dengan penuh Kasih, Sayang dan Cinta..
  47. Memberi peluang kedua kepada seseorang lebih baik daripada tidak memberikan sebarang peluang untuk dia berubah..
  48. Jika kita disakiti, cuba kita renung kembali, mungkin kita pernah menyakiti orang lain..
    Apa yang berlaku pada diri kita adalah atas kesalahan kita yang lalu..Fikirlah..
  49. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya tetapi pada hatinya..
    Semakin tabah seseorang itu menempuh segala ujian, semakin tinggilah kekuatan dalam dirinya..=)
  50. Biar kita ikhlas menunjukkan kasih sayang yang ingin diberi walaupun kita
    tahu balasan yang kita dapat tidak setimpal dengan apa yang kita
    berikan..
    Sesungguhnya keikhlasan itu lebih penting daripada balasan yang diterima..=)
  51. Orang selalu kata berkawan biarlah beribu tapi ingat bila bercinta perlu pada yang satu..
    Orang selalu kata hidup bagai roda, kadang-kadang kita susah kadang-kadang kita senang..
    Orang selalu kata kita perlu bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita..
  52. Hidup bukan untuk disakiti tetapi dinikmati..
    Kebaikan bukan untuk dicaci tetapi dihormati..
    Cinta bukan untuk dikhianati tetapi dihargai..
  53. Marah perlu dalam perhubungan tapi perlu di kawal..
    Cemburu perlu dalam perhubungan tapi perlu di kawal..
    Jika ini tidak dikawal tiadalah perhubungan..
  54. Jika hati masih boleh menerima..kenapa perlu menolak..
    Jika hati masih sayang..kenapa perlu marah..
    Jika hati masih cinta..kenapa perlu benci..
    Jika hati masih satu..kenapa perlu dua..
  55. Pengalaman/peristiwa lalu bukanlah sebagai alasan bagi kita mengelak untuk menjawab setiap
    persoalan tetapi ia sebagai guru kepada kita untuk menjawab setiap
    persoalan yang timbul..
  56. Jangan mudah kita lupa pada orang yang berada di bawah andai kita sudah berada
    di atas kerana mungkin tanpa orang di bawah itu kita tidak akan berada
    di atas..
  57. Orang yang betul-betul cintakan kita akan selalu berusaha untuk
    mempertahankan cintanya itu walaupun pelbagai gelombang yang
    datang..itulah cinta sejati..=)
  58. Janganlah kita mengambil kesempatan atas kesenangan atau kebaikan orang
    lain..tetapi ambillah peluang untuk menghargai atas kesenangan atau
    kebaikan orang itu..
  59. Tak perlu berpura-pura tidak menyayangi andai hati masih mencintai..
    Mulut tak boleh merubah kata hati..♥
  60. Aku tak mampu memberi kesenangan dan kemudahan, tetapi aku kaya dengan kasih sayang, kejujuran dan kesetiaan..
  61. Setiap masalah sosial yang berlaku di depan mata kita adalah bermula dari rumah kita sendiri..
  62. Apabila berat untuk katakan cinta..katakanlah anda sayang..
    Apabila berat untuk katakan sayang..katakanlah anda kasih..
    Apabila berat untuk katakan kasih..katakanlah suka..
    Apabila berat untuk katakan suka..katakanlah minat..
    tapi ingat janganlah sesekali mengatakan BENCI..=)
  63. Cinta sejati adalah sentiasa sabar bila dikhianati..
    Cinta sejati adalah sentiasa berdoa bila ditinggalkan..
    Cinta sejati adalah persoalan tentang kepercayaan..
    Cinta sejati adalah sentiasa memaafkan bila disakiti..
    Cinta sejati adalah sentiasa memberi peluang untuk kembali..
    Cinta sejati adalah persoalan tentang hati..
  64. Sekacak/Secantik mana pun seseorang pasti akan nampak hodoh dan membosankan jika selalu marah-marah…
    Wajah yang sedehana pasti akan nampak manis apabila selalu tersenyum..=)
  65. Jangan terlalu ego dengan sikap sendiri kerana ego yang tinggi akan memakan diri sendiri suatu hari kelak..
  66. Tak usah mencari sesuatu yang lebih baik andai apa yang telah kita perolehi sekarang menyenangkan kita..
  67. Lebih baik kita menjaga hubungan orang lain daripada kita menjadi perosak kepada hubungan mereka..
  68. Jika setiap penerangan akan mengeruhkan keadaan..lebih baik kita diam dan
    berusaha mencari masa yang sesuai untuk berkata tentangnya..
  69. Kepercayaan, Kesetiaan, dan Kejujuran adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada seseorang..
  70. Hargailah setiap susah payah dan pengorbanan seseorang kepada kita sebelum kita
    mahu apa yang kita korbankan dan usahakan dihargai oleh orang lain..
  71. Seseorang yang pernah insaf dan menyesal dengan perbuatan lalu dan tidak
    mengulanginya adalah mereka yang telah mendapat PETUNJUK dan HIDAYAH
    dari ALLAH S.W.T.
  72. Hanya diri sendiri yang boleh rasa betapa sabar dan tabahnya liku-liku yang dilalui..
  73. Seseorang tidak boleh merubah seseorang yang lain tanpa keinsafan dan penyesalan dalam diri sendiri..
  74. Kenapa masih cemburu??sebab masih mencintai..
    Kenapa masih marah??sebab masih menyayangi..
    Kenapa masih sabar??sebab masih mengasihi..
    Kenapa masih kekal??sebab masih setia..
  75. Jangan Bersedih Jika Mendengar kata-kata Kasar, Kerana Kedengkian Itu Sudah Ada Sejak Dulu..
  76. Aku ibarat Dr.Masalah kepada mereka yang mempunyai masalah tak kira masalah
    peribadi, kerja atau apa saja..tapi siapa yang nak jadi Dr. kepada
    aku..
  77. Tak perlu mengugut jika sayang dan cintakan seseorang tetapi kita melindungi dia..
  78. Walaupun kita dibenci seseorang, janganlah kita membencinya kembali tetapi lakukanlah sebaliknya iaitu menyayanginya.=)
  79. Tak salah untuk kita berubah, asalkan apa yang kita ubah itu adalah ke arah kebaikan untuk diri kita sendiri..
  80. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
  81. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, apa yang penting adalah cara
    kita menghadapi masalah tersebut dan tanganinya dengan rasional dan
    jangan sesekali lari dari masalah kerana ia pasti menghantui hidup
    anda..=)
  82. Biar kita berusaha jadi terbaik, tapi jangan buat-buat baik..
  83. Tak perlu membenci kerana ia sifat syaitan, Tak perlu berdendam kerana ia
    sifat syaitan, Tak perlu memarahi kerana ia sifat syaitan, tapi kita
    perlu memaafi, menasihati dan meredhai kerana kita umat Islam sejati..=)
  84. Jika Cinta perlukan pengorbanan, janganlah kita berdendam kerananya..
    Jika Sayang perlukan kejujuran, janganlah kita mengkhianatinya..
    Jika Kasih perlukan kebahagiaan, janganlah kita memaksanya..
  85. Semua orang boleh katakan dia sayang, cinta, kasih tetapi mampukah mereka
    laksanakan dengan jujur, ikhlas dan rela..tepuk dada tanya iman…=)
  86. Jika kita telah berhajat, teruskanlah dengan hajat itu, tunaikanlah setiap
    hajat yang di rancang kerana InsyaALLAh ia akan melegakan hati anda..=)
  87. Bila kita telah melukakan seseorang kita seharusnya meminta maaf secepat
    mungkin kerana dosa antara manusia hanya manusia boleh memaafkannya..=)
  88. Keinsafan dan penyesalan hanya terletak pada hati seseorang bukan kerana paksaan individu lain.=)
  89. Memaafkan dan berfikir secara rasional lebih baik daripada menghukum seseorang walaupun dia dalam keadaan bersalah..
  90. Jangan biar ia terlepas jika kau masih belum mampu melepaskannya..
    Biar ia berlalu dan terus berlalu di hadapanmu walau kau tak dapat mencapainya..
  91. Bukan kesempurnaan atau terbaik yang aku cari..cuma yang boleh menenangkan hati apabila dipandang..
  92. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
    tidak berada disisi kita..doaku sentiasa mengiringimu setiap hari..
  93. Sebaiknya biarlah tiada rahsia bila berdua kerana itu akan menambah kepercayaan
    masing-masing.. Sesungguhnya lain orang lain tahap kesabarannya..
  94. Janji yang aku pernah katakan padamu kekal menjadi janji yang satu..
    Sekaliku berjanji selamanya aku pegang akan janjiku..
  95. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu
    perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan
    sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  96. teringat janji lamamu kepada ku,teringat aku teringat terkenang saat kau masih
    ada disini temani aku sepanjang hari.. tapi kini kau tiada lg..kau
    tinggalkan aku sendiri bertemankan sepi..hadirlah wahai kekasih,kerana
    aku masih menanti dirimu..menanti,menanti dan terus menanti.. :’( ♥
  97. Perkataan paling mahal dan tidak ternilai adalah Sayang, Cinta, Kasih, Love, dan seumpamanya..
  98. Jangan bercinta dengan seseorang individu saja, tetapi bercintalah dengan keluarga individu itu sekali..
  99. Kau pula yang pertama..tp yang pasti kau adalah yang terakhir..